Noh Omar Sangkal Dakwaan Megat Zulkarnain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Bahagian UMNO Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar menyangkal dakwaan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin kononnya terdapat 16 pertuduhan terhadap dirinya yang mengakibatkan beliau dipecat.

Jelas Noh, 16 pertuduhan yang disebutkan tidak pernah dinyatakan apatah lagi dimaklumkan kepada dirinya.

katanya lagi, surat yang saya terima hanya 3 pertuduhan.

Penyebaran maklumat palsu disaat-saat ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Jangan menegakkan benang yang basah, tegas Noh melalui perkongsian video di akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya amat kecewa mendengar kenyataan yang dibuat oleh Datuk Megat Zulkarnain Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan saya telah pun menerima 16 pertuduhan,

”Saya hendak bagitahu, saya menerima mendapat surat ini kepada saya butir-butir aduan yang pertama, ini yang kedua, yang ini pertuduhan yang ketiga,

”Hanya 2-3 pertuduhan sahaja, sila ambil perhatian.” Kata Noh sambil menunjukkan surat daripada Lembaga Disiplin UMNO (LDU) yang diterimanya.

Jelas Noh, surat yang diterima dari LDU meminta beliau hadir ke prosiding pada masa dan tempat yang ditetapkan pada 30 Januari ini.

Kegagalan tidak menghadir prosiding pendengaran disiplin akan diteruskan, menurut Noh lagi.

“Ada 3 hari lagi dan bagaimana Datuk Megat boleh mengatakan 16 pertuduhan telah terbukti,

”Salah satu dari tiga pertuduhan tu tadi mengaitkan bekas Pegawai Khas saya yang menjadi Calon Bebas,

”Kalau itu nak jadikan pertuduhan, saya pun nak bagitahu Datuk Muslimin Yahya yang dulu bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu PRU-14 dia bertanding menjadi calon Bersatu, YB Muslimin menang pada ketika itu.

”Jadi persoalannya kalau nak kaitkan saya dengan Pegawai Khas saya, menyebabkan saya hendak dibabitkan mengapa tidak juga dibabitkan dengan Datuk Zahid Hamidi yang mungkin pada masa itu kalau hendak dituduh adakah dia dibelakang YB Muslimin sebab
Muslimin bekas Pegawai Khas dia.” soal Noh.

Kata Noh lagi, ketika dirinya dipanggil pertuduhan keputusan telah dibuat.

Itu sebab apabila digantung tanpa diberi peluang membela diri walaupun tarikh telah ditetapkan maka saya melihat UMNO hari ini sudah tidak ada peraturan, tidak ada Perlembagaan dan UMNO hari ini akan menuju kehancuran.

“Daripada saya digantung, lebih baik saya dipecat dan daripada saya bersekongkol dengan mereka-mereka yang gunakan parti UMNO untuk kepentingan mereka diri sendiri.” ujar beliau. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat