fbpx

DUN Johor: RM5.3 juta peruntukan baiki 93 tabika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI SARIP

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi membaik pulih kira-kira 93 buah premis tabika yang didapati dalam keadaan uzur dan kritikal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, perancangan membaik pulih yang akan dilakukan pada tahun depan adalah bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di premis terbabit.

Beliau berkata, permohonan bagi melaksanakan projek-projek penyelenggaraan itu telahpun disalurkan kepada Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada Oktober lalu.

“Pihak kerajaan Negeri amat mengambil berat soal keselamatan premis khususnya yang melibatkan pusat asuhan kanak-kanak di taska dan tabika.

“Sepanjang tahun ini, Kemas Negeri Johor telah melaksanakan kerja membaik pulih sebanyak 50 buah tabika membabitkan peruntukan sebanyak RM1,411,841 selain membina dua buah tabika dengan nilai RM660,283.

“Walaubagaimanapun, jumlah peruntukan itu belum mampu menampung keperluan baik pulih dan bina baru yang diperlukan bagi keseluruhan negeri Johor,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim mengenai langkah kerajaan tangani isu tabika Kemas yang telah uzur.

Zahari yang juga ADUN Buloh Kasap itu menjelaskan, pihak kerajaan Negeri melalui Kemas komited dalam memenuhi keperluan pendidikan awal dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, ini termasuk inisiatif menyewa dan menumpang pelajar tabika huhudi pelbagai premis bagi memastikan membuka kelas tadika dan taska di negeri ini.

“Daripada jumlah 1,153 kelas, 374 kelas beroperasi di bangunan sendiri, 72 buah kelas menyewa dan 200 kelas beroperasi di bangunan milik agensi kerajaan.

“Selebihnya sebanyak 507 kelas menumpang di pelbagai jenis premis seperti balai raya, surau, milik persendirian dan lain-lain,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI