Sidang DUN Johor: RM5.3 juta baik pulih Tabika usang di Johor

Sidang DUN Johor: RM5.3 juta baik pulih Tabika usang di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi membaik pulih 93 buah premis Tabika yang didapati dalam keadaan usang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, projek membaik pulih akan dilakukan pada tahun depan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di premis tersebut.

ZAHARI SARIP

Menurutnya, permohonan bagi melaksanakan projek-projek penyelenggaraan itu telahpun disalurkan kepada Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada Oktober lalu. 

“Pihak kerajaan negeri amat mengambil berat aspek keselamatan premis, khususnya yang melibatkan pusat asuhan kanak-kanak di Taska dan Tabika.

“Sepanjang tahun ini, Kemas Johor telah melaksanakan kerja membaik pulih sebanyak 50 buah Tabika membabitkan peruntukan sebanyak RM1,411,841 selain membina dua buah Tabika dengan nilai RM660,283.

“Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan itu belum mampu menampung keperluan baik pulih dan bina baharu yang diperlukan bagi keseluruhan negeri Johor,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini. 

Zahari yang juga ADUN Buloh Kasap menjelaskan, pihak kerajaan negeri menerusi Kemas komited dalam memenuhi keperluan pendidikan awal dalam kalangan masyarakat. 

Beliau berkata, ini termasuk inisiatif menyewa dan menumpang pelajar Tabika di pelbagai premis bagi memastikan membuka kelas Tadika dan Taska di negeri ini. 

“Daripada jumlah 1,153 kelas, 374 buah beroperasi di bangunan sendiri, 72 menyewa dan 200 beroperasi di bangunan milik agensi kerajaan. 

“Sebanyak 507 kelas menumpang di pelbagai jenis premis seperti balai raya, surau, milik persendirian dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.